16 August 2019

FIZA BERANG DENGAN SIKAP NETIZEN, MUATNAIK FOTO 'FREEHAIR'


"Aku nak tengok siapa nak kecam.. Pakai jubah pun kena kecam, nampak bayang kat tudung botol pun kena kecam, rambut sehelai terkeluar pun hampa boleh zoom. Hebat hebat. Bulu hidung, bulu ketiak, bulu tutttt hampa tak mau zoom ka?





"La ni aku nak tanya hampa semua, kalau cerita kami yang lama keluar kat tv yang tak pakai tudung, macam mana pulak cerita tu? Hampa tak pi DM kat stesen tv ka? Come on la. Nasihat boleh nasihat. Tapi biarlah berpada-pada.

"Dan yang paling best, hat dok komen semuanya private account. Sebelum hampa semua nak cakap pasal aurat, mulut lidah pun kena jaga juga," demikianlah tulis pelakon dan bekas penyanyi kumpulan Elite, Fiza Halim yang berang dengan segelintir netizen yang sering mencari kesalahannya walaupun sebesar kuman.

Menurut Fiza, tidak salah untuk memberi nasihat serta teguran namun biarlah ia berpada-pada dan tidak keterlaluan. Tambah pelakon 'Nana Tanjung' itu, dia mengakui bukanlah seorang insan yang baik namun sedang berusaha untuk berubah.

Klik untuk gambar besar


"Aku mengaku aku bukan orang baik tapi aku pelan-pelan nak belajar jadi baik. Aku tak suka hipokrit! Bukan aku. Ni daripada hampa semua sibuk dok cari neraka orang, hampa jangan lupa, jangan sampai syurga hampa sendiri terabai na.

"Kita semua dah tua. Tunggu nak mampuih ja. Masing-masing tau dah kot nak jaga diri sendiri. Macam aku anak dah keluar 3 dah... Kalau lepas ni hampa dah tak minat dan tak nak suka aku pun, aku tak kisah. Bukan hampa mai ketuk depan rumah aku mai bagi mentedarah kat aku. Aku adalah aku.

"Tak perlu nak tunjuk baik depan orang. Kalau orang bak kata aku mulut jahat, memang pun. Aku terima. Allah lebih tau apa niat hamba-hamba dia. Ada ja tak kena di mata hampa," luahnya lagi yang dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya dengan memuatnaik foto semasa tidak bertudung sebelum bertindak memadam entri tersebut selepas beberapa jam dikongsikan.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Beautifulnara & Instagram Fiza Halim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: