08 August 2019

ANAK TAUKE ALAMI DEMAM PANAS, BENGKAK TONSIL & KUMAN DALAM DARAH


"Doakan kesihatan anak saya ya semua. Sekarang ini cuaca pun tak menentu, kualiti udara pun tak berapa baik, jadi kanak-kanak ini mudah dijangkiti," demikian kata pelawak Tauke Jambu yang memohon orang ramai mendoakan kesihatan anaknya, Aydin yang dimasukkan ke hospital sejak tiga hari lalu.





Ketika dihubungi Gempak, Tauke memberitahu anaknya, Aydin mengalami demam panas, bengkak tonsil dan dijangkiti kuman dalam darah. Berita sedih tersebut dikongsi Tauke menerusi sebuah video di laman sosial Instagram (IG)nya, semalam. Video yang ditonton hampir 45 ribu kali itu turut mendapat perhatian rakan-rakan artis yang mendoakan kesihatan Aydin.

Dalam pada itu, isteri Tauke, Nadia Mohd Effendi atau lebih mesra dipanggil Nadiya turut dihubungi untuk bertanya tentang perkembangan terkini Aydin. Menurut Nadiya, dia membawa Aydin ke hospital selepas anaknya itu mengalami muntah-muntah dan tidak lalu makan.

Klik untuk gambar besar


"Aydin tak pernah demam teruk macam ini, risau juga saya. Dari klinik saya terus kejarkan Aydin ke hospital. Di sana, doktor arahkan supaya Aydin ditahan di wad untuk pemantauan. Itu yang kami tahu tonsil dia bengkak dan dah ada kuman dalam darah.

"Hari ini, selepas tiga hari, Alhamdulillah Aydin nampak semakin baik dan sudah boleh dibawa pulang petang ini. Terima kasih semua kerana doakan Aydin cepat sembuh," jelasnya yang juga sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan Aydin.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Tauke


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: