08 August 2019

AISHAH 'KAWAL', HALANG SYAFIE BERHUBUNG DENGAN SAUDARA ANGKATNYA?


Isu dakwaan pelakon Syafie Naswip memukul bekas tunangnya, pelakon Aishah Azman, kerana berang dituduh menjalin hubungan songsang, sehingga kini masih lagi hangat diperkatakan. Pelbagai spekulasi yang timbul sehingga akaun Instagram Syafie 'diserang' netizen yang ingin mengetahui kesahihan disebalik kontroversi tersebut.





Namun baru-baru ini, ada seorang netizen yang tampil mendedahkan cerita antara Syafie dan bekas tunangnya. Menurut apa yang diceritakan oleh netizen tersebut, Aishah dikatakan telah menghalang Syafie daripada berhubung dengan saudara angkatnya.

Netizen itu juga mendakwa mungkin berlaku sedikit pertengkaran, pelakon lelaki itu hilang pertimbangan sehingga menampar Aishah yang didakwa menjaja cerita kepada orang ramai bahawa Syafie menjalinkan hubungan songsang. Rata-rata netizen akui tindakan Syafie memukul Aishah itu salah, tetapi mungkin ada sebab mengapa dia bertindak di luar kawalan.

Klik untuk gambar besar


Malah, ada netizen mendakwa tidak logik Aishah mengatakan bahawa gambar kesan lebam itu telah dipadam oleh Syafie dan mungkin ia hanyalah rekaan sahaja kerana tiada bukti kukuh. Kata netizen lagi, tindakan Syafie memukul Aishah sememangnya salah, tetapi mungkin ada sebab mengapa dia bertindak di luar kawalan.

Malah, Syafie juga dikatakan menyerah diri kepada pihak polis kerana rasa bersalah dan bukan kerana waran tangkap telah dikeluarkan. Susulan isu tersebut, ramai rakan artis memberikan kata-kata sokongan kepada Syafie di atas apa yang berlaku.

Malah, rakan artis yang sudah lama mengenalinya percaya bahawa dia bukanlah lelaki yang kasar atau bersikap sedemikian. Sejauh mana kesahihan disebalik pendedahan ini tidaklah kami ketahui. Namun, apa yang berlaku pasti ada sebab tersendiri. Memang sudah ditakdirkan jodoh mereka tidak panjang.






www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara, Rotikaya, Forum CARI & Twitter


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: