01 August 2019

DAH ADA NAMA - AMMAR TITAN TAK MALU HADIRI UJI BAKAT


Mengakui tidak malu turun naik syarikat produksi bagi menjalani sesi uji bakat lakonan dan pengacaraan demi kelangsungan kerjaya, pelakon dan pelawak, Ammar Titan, 32, berkata dia melihat semakin ramai bakat yang lebih menyerlah dan ia membuatkannya tidak mahu terus berpeluk tubuh mengharapkan tawaran bergolek di depan mata.





"Sebagai suami dan bapa, saya perlu melipatgandakan usaha, apatah lagi bidang seni adalah kerjaya pilihan sendiri. Selain tidak berhenti belajar daripada mereka yang lebih berpengalaman, saya juga perlu rajin menjalani uji bakat untuk mengukur sejauh mana kemampuan.

"Sesi itu saya lihat sebagai ruang pembelajaran dan menimba pengalaman. Sama ada terpilih atau sebaliknya, saya tidak kisah mencuba. Saya percaya rezeki tetap ada, asalkan tidak jemu berusaha," ujarnya.

Ammar atau nama penuhnya Azizul Ammar Abu Hassan itu menyerlah selepas menyertai program Bintang Bersama Bintang, seterusnya bersama Hot FM sebagai penyampai radio. Selepas tiga tahun bersama stesen radio itu, Ammar beralih membina kerjaya seni sepenuh masa bermula 14 Februari lalu.

Klik untuk gambar besar


Ammar berkata, walaupun berdepan cabaran, berkat doa keluarga dan isteri, pelbagai tawaran diterima, sama ada dalam bidang lakonan atau pengacaraan: "Saya baru selesai melunaskan tanggungjawab sebagai hos untuk beberapa program, termasuk Spotlight di bawah terbitan syarikat produksi, Fauziah Ahmad Daud dan sebuah 'gameshow'.

"Terbaru, saya membintangi sitkom, Pop Yeah Yeah yang bakal disiarkan menerusi TV3 pada setiap Sabtu bermula 3 Ogos ini. Rezeki berlakon sitkom ini hadir selepas saya menjalani uji bakat bagi sebuah projek lain, tetapi dipilih untuk terbabit dalam produksi ini," katanya.

Selain watak komedi, Ammar yang menjadikan pelakon prolifik, Sabri Yunus sebagai mentor, menyatakan kesediaan membawakan karakter lebih berat pada masa akan datang.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Ammar Titan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: