30 August 2019

FESYEN KLFW: "KALAU ADA TIDAK SUKA, SAYA MINTA MAAF" - NADIA BRIAN


Sebelum ini Nadia Brian menerima kritikan berhubung fesyennya di Kuala Lumpur Fashion Week 2019 (KLFW 2019) yang dikatakan mempersenda agama Islam. Tidak melenting dengan kritikan tersebut, Nadia tampil meminta maaf sekiranya ada yang terkesan dengan penampilannya itu.





"Saya minta maaf andai ada pihak yang berpandangan sedemikian, cuma kalau nak tegur tu harapnya diberikan dengan cara baik. Apapun saya suka dengan persalinan tersebut. Cuma biasalah ada yang suka dan sebaliknya. Kalau ada yang tidak suka, saya minta maaf.

Ditanya sama ada kata sindiran yang dilemparkan itu adalah yang paling teruk pernah dihadapi gara-gara berpakaian seksi, Nadia ada jawapannya sendiri. Kongsi Nadia, isu seksimelibatkan dirinya bukanlah suatu hal yang baru.

"Kalau dikatakan seksi, sudah beberapa kali orang memperkatakan mengenainya. Malah mengenai pemakaian, famili juga tahu. Cuma kalau seksi itu, ia bukanlah gaya yang nampak 'cheap'. Kalau ada yang tak suka tu, saya sekali lagi minta maaf, seterusnya cuba yang lebih baik dari sebelumnya, InsyaAllah. Bagi saya seksi itu suatu yang subjektif. Sebagai perempuan, mesti kita mahu berhias tetapi tidaklah keterlaluan. Asalkan keluarga dan tunang tahu, itu sudah memadai.

Klik untuk gambar besar


Pada masa sama, Nadia yang sebelum ini turut sinonim sebagai model mmeberitah, dia juga perlu menghormati pereka fesyen yang mereka pakaian: "Sebelum ini pun saya banyak menyokong rakan-rakan yang terlibat dalam bidang ini sejak zaman belajar dahulu. Selagi kitaboleh jaga dan tahu batas," jelas Nadia optimis.

Mengakui kesilapan, memohon maaf dan berjanji untuk melakukan yang lebih baik adalah satu perkara yang sukar dilakukan oleh mana-mana pihak. Jadi respek kepada Nadia Brian yang telah berjaya melakukan ketiga-tiga perkara ini.

Apa pun, ada netizen yang memaklumkan bahawa gaya Nadia itu adalah satu kebiasaan di zaman 80-an dan sarung kepala yang dipakai adalah 'scarf', bukannya tudung. Gaya tersebut pernah dipopularkan oleh pelakon Hollywood, Audrey Hepburn satu ketika dahulu.


www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Nadia Brian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: