30 August 2019

"SEBAGAI ADIK... SAYA SOKONG APA YANG BUAT KAKAK GEMBIRA" - NEELOFA


"Nabila sudah mengharungi pelbagai dugaan (dalam hidup), jadi tidak adil untuk saya menghakimi fasa yang sedang dilaluinya ketika ini. Apa yang saya boleh cakap, dia sangat kuat dan berhak mendapat yang terbaik. Saya tahu, saya pasti menjadi orang pertama ditanya mengenai perkara itu kerana kami tinggal serumah. Tetapi, tidak adil untuk saya mengulas mengenai rumah tangga mereka.





"Sebagai adik, saya mahu semua orang tahu, saya menyokong apa sahaja keputusan yang membuat kakak gembira. Saya, keluarga dan rakan sentiasa berada di belakangnya dalam apa juga situasi," demikian ujar pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa yang enggan mengesahkan sebarang spekulasi yang sedang bertebaran sebaliknya memaklumkan yang dia akan menyokong apa jua keputusan yang dilakukan oleh kakaknya, Noor Nabila itu.

Gosip penceraian Nabila dan suaminya, pelakon Sharnaaz Ahmad semakin hangat diperkatakan hari ini. Ramai yang tertanya-tanya sama ada ia benar atau sekadar khabar angin semata-mata. Sudah tentu, Neelofa sebagai adik kepada Nabila telah menjadi kaunter pertanyaan untuk mengesahkan perkhabaran ini.

Klik untuk gambar besar


Untuk makluman, rumah tangga pasangan ini yang berkahwin pada 31 Mac 2017 itu pernah dilanda kontroversi, Februari lalu selepas mereka sering memuat naik kata-kata sedih menerusi laman Instagram masing-masing.

Neelofa juga memaklumkan netizen bebas membuat sebarang spekulasi atau mencipta persepsi sendiri selepas Noor Nabila memuatnaik gambar di mahkamah semalam: "Itu perkara normal dan saya yakin, Nabila dapat mengendalikannya dengan baik. Dia pasti tahu buruk baik setiap tindakan yang dilakukan. Nantikan sahaja".

Daripada kata-kata Neelofa, seolah-olah memang benar Nabila telah memfailkan penceraian terhadap Sharnaaz Ahmad. Namun semeua ini belum sah selagi kita tidak mendengar pengesahan daripada empunya badan. Selaku peminat, kita hanya mampu mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: