30 August 2019

AL-FATIHAH - DATUK HAZIQ HUSSNI KEMBALI KE RAHMATULLAH


Takziah kami ucapkan kepada pengacara dan penyampai radio Haziq Hussni atas pemergian datuknya, Muhamed Hassan Mohamed Din yang telah menghembuskan nafas terakhirnya semalam. Haziq berkongsi berita sedih itu menerusi akaun Instagram miliknya.





Datuknya selamat dikebumikan semalam dan Haziq bersyukur kerana urusan datuknya yang dipanggil dengan gelaran manja, Dada telah dipermudahkan: "Cepat atau lambat, setiap yang hidup pasti akan pergi. Alhamdulillah. Segala urusan dipermudahkan. Allahyarham Hj Muhamed Hassan Bin Mohamed Din selamat dikebumikan tadi.

"Doakan arwah dada (datuk) saya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin..," katanya yang sebelum ini pernah berkongsi keadaan datuknya yang semakin nazak dan turut dihujani ucapan takziah dari rakan serta pengikutnya serta mendoakan yang terbaik buat datuknya.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Haziq Hussni


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: