30 August 2019

ISU BBNU: FAREEZ DAKWA RAKANNYA KEMURUNGAN - HAQIEM NAFI TERLIBAT


"Dia ada cerita kemurungan sebab selalu kena kecam dengan warganet. Katanya, orang tak boleh faham dia. Hinggakan dia boleh tulis lirik di tangan. Dalam masa sama, dia cakap ibunya sedang sakit dan bertungkus lumus nak cari duit," kata penyanyi Fareez Fauzi, 22, yang ada bersama sahabatnya, penyanyi 'Budak Baru Nak Up' (BBNU) ketika ditahan pihak polis selepas bertindak mencekik pekerja sebuah stesen minyak di Ampang, kelmarin.





Tertekan dan murung mungkin punca penyanyi BBNU itu bertindak sedemikian. Fareez berkata, dia tidak menjangka rakan baiknya yang juga komposer lagu berbakat itu bertindak di luar kawalan. Malah, Fareez mengakui rakannya itu menunjukkan perubahan dan bersikap pelik semalam tidak seperti sebelum ini.

"Sudah hampir sebulan tak jumpa dia. Semalam jumpa dia sangat pelik. Dia asyik marah saja. Saya jumpa sebab dia minta tolong menghantarnya ke pejabat di Setapak. Dalam perjalanan, saya singgah nak isi minyak. Dia pula masuk dalam kedai sebab katanya nak beli pen dan air," ujarnya.

Menurutnya, selepas setengah jam menunggu dalam kereta dia berasa lain macam apabila rakannya masih tidak keluar: "Jadi, saya alihkan kereta ke depan kaunter pembayaran. Saya tengok dia sedang bercakap dengan pekerja di kaunter. Tak lama selepas itu, dia keluar dan beritahu baru saja pijak kepala pekerja di situ.

Klik untuk gambar besar


"Saya terkejut dan ingat dia bergurau. Dia masuk semula dan kereta polis datang. Saya cuba tenangkannya, tapi tak boleh juga. Itu yang polis terus bawa ke balai. Saya berada di tempat kejadian dan dipanggil memberi keterangan semalam. Tapi, bukan saya individu terbabit. Jangan fitnah," jelasnya.

Fareez berkata, rakannya itu masih direman dan akan dibawa ke mahkamah esok (hari ini). Terdahulu, penyanyi lelaki tersebut ditahan polis selepas bertindak mencekik seorang pekerja sebuah stesen minyak di Ampang. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang semalam, penyanyi berusia 21 tahun itu ditahan anggota polis selepas kejadian itu dimaklumkan oleh pengurus stesen minyak berkenaan.

Sementara itu, penyanyi Haqiem Rusli pula telah memuatnaik tweets di Twitter serta Instagram miliknya bagi menerangkan situasi yang sebenar. Menurut Haqiem, spekulasi yang mengatakan dia adalah individu yang dimaksudkan adalah tidak benar kerana dia tidak berada di tempat kejadian langsung. Tambahan lagi, pada waktu kejadian dia ada urusan kerja di Kuala Lumpur termasuk 'soundcheck' untuk sebuah program TV.

Penyanyi lagu 'Tergantung Sepi' itu juga berharap dengan kenyataan tersebut, netizen tidak lagi salah faham terhadap dirinya. Dia juga menasihatkan orang di luar sana agar tidak menyebarkan sebarang berita yang belum sahih.






www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Fareez Fauzi & Haqiem Rusli


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: