30 August 2019

'PREGNANCY TEST' - BELLA DALLY LAHIRKAN 'BABY' KOSMETIK


Akhirnya status kehamilan yang dikongsi Bella Dally yang sebelum ini menjadi teka-teki itu terjawab selepas pelakon itu mendedahkan 'pregnacy test' yang dimaksudkannya adalah produk kosmestik yang baharu dilancarkan pada Khamis.





Menerusi laman Instagram, Bella memuatnaik video pendek memaparkan di memperaga beberapa koleksi warna gincu bibir keluarannya: "Bismillahirrahmanirrahim, The day is finally here! This IS my New Baby, Lip Cream by @olumiscosmetics_hq.

"Sebenarnya dah lama nak buat my very own cosmetic brand dan akhirnya tahun ini menjadi kenyataan. 4 natural colors that you can simply apply daily whether it’s for work, catching up with friends or even for a date night! Thank you so much for your endless support #OlumisbyBellaDally".

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, Bella seolah-olah memberi bayangan dirinya kini sudah hamil apabila dia memuatnaik sebuah video berdurasi 16 saat yang memaparkan alat penguji kehamilan dengan tanda positif pada malam Selasa lalu. Tindakan itu mengejutkan ramai pihak termasuk rakan-rakan selebriti seperti, Wawa Zainal, Mira Filzah, Nelydia Senrose, Bella Astillah dan Hanez Suraya yang turut teruja mengucapkan tahniah atas perkhabaran gembira itu.

Bagaimanapun sesetengah peminatnya meluahkan rasa kecewa dengan gimik pelancaran produk baharunya itu yang dianggap seolah-olah memberi berita palsu kepada peminat: "Konon dia nak cakap keluar baby lipmatte tapi alahai... teruk marketing. Ingat dia mengandung. Alahai buat orang marah sahaja. - "Apa kena-mengena dengan pregnancy test tu? Mengelirukan. Saya ingatkan Bella hamil.



"Semua tertipi dengan iklan ni. Mati-mati ingat Bella mengandung. - "2 dalam 1 punya pengumuman kah ini? Tak baik main-mainkan perasaan kita. Semua orang dah teruja kot tengok posting sebelum ni. Kalau nak keluar produk baru pun jangan lah guna pregnancy test," tulis netizen.

Untuk makluman, Bella mendirikan rumah tangga pada 31 Mac lalu bersama Arif Izuddin Mohd Radzali. Ini merupakan perkahwinan kedua bagi Bella atau sebenarnya Nabillah Ali Dally, 38, kerana sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016 namun bercerai pada 2 Mei 2018.






www.myartis.com / Sumber: mStar & Instagram Bella Dally


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: