03 August 2019

"JANGAN DAH JADI WAQAF DOSA THEN BUAT BODOH PULAK" - SWEET QISMINA


Pelakon Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhana Qismina, 22, menerusi laman Instagram miliknya telah tampil mempertahankan aktor Syafie Naswip susulan pelbagai spekulasi mengenai punca pertunangannya dengan aktres Aishah Azman putus di tengah jalan.





Dalam posting tersebut, Sweet berkata, netizen perlu bersedia membuat permohonan maaf kepada Syafie selepas pelbagai kecaman dilemparkan terhadapnya jika aktor itu tidak bersalah. Menurut Sweet, Syafie yang sudah lama dikenalinya disifatkan sebagai seorang yang baik dan tidak akan melakukan sesuatu di luar batasan tanpa sebab tertentu.

Dalam pada itu, pelakon drama 'Adam Chempaka' itu turut berkongsi mengenai keperibadian Syafie yang disifatkan seorang yang sangat budiman. Mengakui ramai yang bertanya kepadanya mengenai Syafie, dia bagaimanapun enggan memberi komen mengenai perihal itu

Klik untuk gambar besar


"This guy, has been one of the best sparring to work with ever. We clicked in just a second. Why? We literally can sit down & share ideas, expand ideas, even create ideas of what we wanted to do for each and every scenes.

"Tak rasa malu, tak rasa kekok nak kerja. I adore and respect him especially when I knew, dia anak didik arwah Yasmin Ahmad. Yes, he's a very pure low profile genuine guy. The best Abang to borak and share about dunia seni (ilmu dia banyak gila he taught me A LOT example pasal WHAT. IS. METHOD. ACTING).



"Sangat susah nak tengok dia mengamuk. He even ajar me sabar when it comes to rezeki dalam industri. Kami rezeki tak menentu, so we have to plan on how to save & rolling duit segala benda. Mungkin sebab we both dah start dari kecik, that's why I faham segala benda yang dikongsi.

"About his life, I don't have rights to respond anything act although ramai tanya (probably sebab we've been working banyak kali). What can I say is, Abang, hang buat silap memang kami maki, tapi adik tahu, you will never do something stupid without any solid reason.

"And for others, if dia salah, he will take responsibility and apologise. Otherwise, Get your damn responsibility and do apologies to him. Jangan dah jadi golongan waqaf dosa then buat bodoh pulak okay? Take care and Happy Birthday Abang @syafienaswip! Better late than never kan? 😬🙏🏻 #fqs," demikian kata Sweet panjang lebar.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Sweet Qismina


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: