18 August 2019

"JIKA ADA TERASA & ANGGAP SINDIR MELAYU, TERPULANGLAH" - ERMA FATIMA


Mengulas dakwaan segelintir pihak pementasan Teater Malayu - Pawana Isabella yang dikatakan menyindir golongan Melayu dan keadaan semasa ketika ini, pengarah terkenal Erma Fatima memberitahu pementasan teater tersebut adalah satu fiksyen mengenai kerajaan Malayu Aksara.





"Jika ada pihak terasa dan menganggap teater ini menyindir orang Melayu, terpulanglah kepada persepsi masing-masing. Sebagai pengkarya, saya berhak untuk membuka mata orang Melayu yang masih diulit mimpi ketika ini.

"Saya tidak boleh halang jika penonton mahu kaitkan cerita ini dengan keadaan dan situasi orang Melayu sekarang. Ia terpulanglah pada penilaian dan interpretasi penonton untuk menterjemahkan karya ini nanti," katanya.

Klik untuk gambar besar


Segelintir pihak mendakwa teater berkenaan yang mengetengahkan sikap mengambil rasuah, malas dan tidak bersatu ditujukan kepada orang Melayu. Bagaimanapun, kata Erma, naskhah teater terbarunya itu sebagai 'hadiah' kepada bangsa Melayu dan negara yang tercinta.

"Saya pernah berjaya dan pada masa sama pernah gagal ketika mementaskan teater di pentas Istana Budaya sebelum ini. Pernah gagal bukan bermaksud saya mahu terus hasilkan karya yang bodoh untuk santapan penonton? Justeru, saya tampil dengan naskhah terbaru ini sebagai tanggungjawab besar pengkarya kepada bangsa dan tanah air," ujarnya.

Pementasan Teater Malayu - Pawana Isabella menampilkan gandingan mantap barisan pelakon seperti Janna Nick, Stafiq Kyle, Azar Azmi, Datuk Afdlin Shauki dan ramai lagi. Ia mula dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 21 hingga 31 Ogos ini.






www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: