18 August 2019

KENA 'ANXIETY ATTACK' - DIANA DANIELLE MASUK HOSPITAL


"Sejak dua minggu lalu, saya mengalami serangan keresahan. Saya menyedari serangan tersebut kerana terdapat beberapa simptom yang muncul secara berperingkat. Sejak dua minggu yang lalu, tapak tangan saya kerap berpeluh, hilang selera makan dan insomnia. Namun sejak tiga hari lalu, saya sukar untuk bernafas dan dada terasa sempit," kata pelakon Datin Diana Danielle menerusi laman Instagramnya.





Isteri kepada pengarah dan pelakon, Datuk Farid Kamil itu berkata, dia akan berkongsi perkembangan lanjut mengenai dirinya selepas pulih daripada menjalani rawatan: "Selepas pulih kelak saya akan berkongsi segala-galanya semoga memberi manfaat kepada semua. Serangan keresahan amat menyakitkan".

Ibu kepada dua sepasang cahaya mata itu mendapatkan rawatan selepas mengalami serangan keresahan (anxiety attack) sejak dua minggu lalu. Diana, 28, berkata, dia cuba untuk melawan dan mengawal serangan tersebut namun keadaan kesihatannya semakin meruncing sejak tiga hari lalu.

Menurutnya, sejak tiga hari lalu, dia tidak boleh bernafas secara normal dan terpaksa menahan kesakitan setiap kali mahu bernafas. Bagaimanapun, tidak dinyatakan secara jelas punca pelakon 'Raisha 2' itu mengalami serangan berkenaan. Pelakon Yana Samsuddin turut meninggalkan komen di laman Instagramnya berserta ucapan supaya Diana segera sembuh.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Diana Danielle


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: