30 August 2019

MUATNAIK TEGURAN PERIBADI DI IG - SAKINAH DIKRITIK LAGI


Nampaknya nama Sharifah Sakinah sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila pelakon itu berkongsikan mesej peribadi yang diterima daripada seorang netizen menegurnya supaya lebih menutup aurat. Kata netizen itu lagi, biarpun tidak bertudung tetapi tidak perlulah berpakaian tetapi seperti telanjang.





"Salam, just nak tegur tutuplah aurat. Kalau ya tak boleh pakai tudung, janganlah berpakaian seperti telanjang," tegur seorang warganet yang telah menghantar mesej peribadi (DM) ke akaun Instagram miliknya.

Sakinah membalas secara berseloroh dia kini sudah mula memakai pakaian yang lebih menutup kerana dia mengakui sebelum ini dia berpakaian seperti berbogel: "Dah berubah sedikit-sedikit. Asalnya telanjang, ni dah tutup sedikit dengan skirt dan singlet. Ada progress kan?" balas Sakinah.

Pelakon drama 'Utusan Cinta Buat Adam' itu berkongsi paparan skrin perbualannya itu di akaun Instagram miliknya. Menerusi kapsyennya seolah-olah meminta agar mendoakan yang terbaik buatnya: "Keep on praying," tulisnya di dalam bentuk tanda pagar.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, tindakan Sakinah memuatnaik mesej tersebut dikritik netizen. Kata netizen lagi, pelakon itu tidak sepatutnya berkongsi mesej itu kepada umum kerana teguran itu diberikan secara peribadi. Malah orang ramai turut mempertahankan netizen tersebut yang memberikan teguran melalui mesej dan tidak bertindak memalukan pelakon itu dengan meninggalkan mesej di ruangan komen secara terbuka.

Tidak kurang juga ada netizen mendakwa jawapan 'sarkastik' Sakinah itu tidak lawak langsung dan hanya mengaibkan diri sendiri sahaja. Malah, ramai yang tidak faham dengan masalah artis apabila ditegur secara terbuka marah, tetapi apabila memberikan teguran melalui mesej peribadi di sebarkan pula.

Pun begitu, terdapat juga peminatnya yang menyokong jawapan yang diberikan kepada warganet tersebut. Semua mengetahui mengenai penampilan Sakinah yang sering dikritik netizen gara-gara terlalu seksi dan mencolok mata, sudah tentu ramai yang akan menasihati ibu kepada seorang cahaya mata itu mengenai cara pemakaiannya itu. Apa pun, kita doakan semoga Sakinah suatu hari nanti bertudung dan menutup aurat.




www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Oh Bulan, Astro Gempak & Instagram Sharifah Sakinah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: