"Saya lalui pelbagai ujian dalam kehidupan dan rumah tangga, jadi saya doakan agar apa pun yang jadi antara saya dan Mawar biarlah anak kami iaitu Maryam jadi anak solehah dan bakal membimbing tangan ibu dan ayahnya ke syurga akhirat kelak.

"Saya juga doakan juga semoga Mawar jumpa suami terbaik dan begitu juga dgn saya, mungkin kami akan pasangan lain selepas ini namun saya amat berharap agar silaturahim sebagai ibu bapa Maryam berkekalan sehingga akhir hayat," demikian kata pelakon, pengacara dan usahawan Fizo Omar.
Baru saja pulang dari menunaikan ibadah haji, Fizo memberitahu ianya pengalaman yang memberikan seribu satu makna kepada dirinya dan kehidupannya kini lebih tenang. Berkongsikan doanya ketika di Tanah Suci, dia meminta agar diberikan kebahagian serta hubungannya dengan bekas isteri, Mawar Abdul Karim kekal baik meskipun tidak lagi bergelar suami isteri.
Dalam pada itu, Fizo juga turut mendoakan semoga dia dan Mawar ditemukan dengan pasangan terbaik dan hubungan mereka sebagai ibu bapa Maryam akan kekal sampai bila-bila. Untuk makluman, Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 2013 namun bercerai pada Julai lalu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam kini berusia setahun.
Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Fizo Omar & Mawar Karim
________________________

No comments:
Post a Comment