03 August 2019

NOORKHIRIAH: "BIARLAH SAYA TAK KE MAKKAH DARIPADA ANIAYA ORANG"


Berkongsi kisah dirinya yang hampir diperguna sebuah agensi pelancongan tempatan yang menawarkan penajaan sepenuhnya untuk dia menunaikan ibadah umrah, pelakon Noorkhiriah berkata, perasaan terujanya untuk menunaikan ibadah umrah hilang sekelip mata apabila pihak penganjur yang melantik dirinya sebagai duta telah menganiaya pihak lain.





"Pada awalnya saya seronok apabila dilantik sebagai duta untuk mempromosikan pakej umrah agensi berkenaan dalam media sosial, namun segalanya hilang apabila ada pihak mengakui dianiaya oleh pihak terbabit.

"Sekelip mata perasaan teruja nak beribadah itu hilang. Memang saya rasa sangat bersalah kerana tawaran itu dilakukan hasil bayaran penuh daripada jemaah lain," jelasnya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta untuk agensi pelancongan Maad Travels (M) Sdn. Bhd.

Tambah pelakon drama bersiri 'Nur' ini, pengalaman pahit itu membuatkannya mengambil keputusan untuk menarik diri: "Akibat daripada itu saya terus bertanyakan sebenar daripada pihak tersebut dan mengambil keputusan untuk menarik diri. Bagi saya biarlah saya tidak dapat ke Makkah daripada saya aniaya orang yang yang sudah membuat pembayaran," katanya.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: