07 August 2019

SELAMAT DILAHIRKAN - ALI PUTEH & ISTERI TIMANG PUTERI KEDUA


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pelawak yang juga anggota kumpulan Puteh, Ali dan isterinya, Melati Fitri Abdullah atas kelahiran anak kedua mereka yang merupakan bayi perempuan. Menerusi entri di Instagram (IG), Ali berkongsi khabar gembira itu dan melahirkan rasa syukur atas kurniaan yang diberikan kepada dirinya.





"Alhamdulillah... Allahu akbar... Isteri saya selamat melahirkan anak perempuan...," tulisnya yang memuatnaik foto anak keduanya namun tidak didedahkan wajah bayi tersebut dan menerima komen yang rata-rata mengucapkan tahniah pada Ali dan keluarga serta mendoakan kesihatan anak perempuannya itu.

Untuk makluman, Ali dan isteri bercinta sejak menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia, bergelar suami isteri pada 28 Mei 2016. Pasangan ini sebelum ini telah dikurniakan seorang puteri pada 4 November 2017 yang dinamakan Sharifah Nur Aaira Qaireen.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak& Instagram Ali Puteh


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: