08 August 2019

YANA SAMSUDIN: "MUNGKIN INI DUGAAN SAYA DALAM MENYEBARKAN DAKWAH"


"Pelbagai komen positif dan negatif, kejian serta bantahan. Saya percaya yang mengeji ini ambil dari ulasan sumber tak sahih tanpa tahu sinopsis sebenar. Sebagai manusia tak salah buat andaian tapi kalau nak buat jangan hukum, tak salah rujuk atau tanya dulu.





"Mempromosikan kegiatan LGBT di pusat tahfiz itu satu dakwaan tak berasas, hanya andaian orang yang tak pernah tengok (telefilem ini) sebab kita tak pernah tayang lagi," demikian kata pelakon Yana Samsudin, 34, yang menjawab beberapa dakwaan berbentuk fitnah kononya telefilem 'Demi Tuhan Aku Bersaksi' itu mempromosikan aktiviti songsang di pusat tahfiz.

Isteri kepada pelakon dan penerbit Fadzil Zahari ini yang juga Penerbit Eksekutif Prokuya Studios itu berkata, mereka tidak sepatutnya mempercayai sumber tidak sahih dan lebih baik sekiranya merujuk pihaknya terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu andaian.

Klik untuk gambar besar


Ibu seorang cahaya mata lelaki, Aisy Mateen itu menjelaskan mengenai perkara itu menerusi rakaman video yang dimuatnaik di akaun Youtube miliknya, Yana Samsudin. Sementara itu, Yana memberitahu bukan mudah untuk sesuatu drama menembusi siaran di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) milik penuh kerajaan itu.

Ini berikutan dia perlu melalui pelbagai peringkat penilaian sehinggalah mendapat kelulusan stesen untuk siaran umum: "Dalam telemovie ni tak ada satu pun babak menjurus ke arah itu (LGBT) sebabkan satu gambar jadi macam-macam andaian, jadi fitnah. Tahu tak RTM ada panel penilaian sangat ketat, semua dititikberatkan sebelum dilepaskan untuk tayangan. Sebenarnya korang tahu tapi saja je kan! Tapi tak apa, jangan pertikaikan kredibiliti panel RTM".

Dalam pada itu, Yana berharap masyarakat menonton terlebih dahulu telefilem tersebut yang akan bersiaran tidak lama lagi. Dia turut mengharapkan maklum balas daripada penonton supaya dapat memperbaiki lagi kualiti drama terbita syarikatnya, Prokuya Studios.



"Insya-Allah apabila cerita ini dah tayang kami harap menerima maklum balas anda untuk jadi manusia lebih sempurna, Prokuya Studios bukan buat promosi murahan sebegini dan ia bukan datang dari kami. Apa pun baik atau buruk tetap promosi, mungkin ini dugaan kepada saya dalam menyebarkan dakwah, saya terima. Yang dekat luar berjemaah maki hina kami, saya, suami dan kru 'Demi Tuhan Aku Bersaksi' itu kata kami kafir dan confirm masuk neraka, saya doakan kalian masuk syurga," tuturnya.

Telefilem berjudul 'Demi Tuhan Aku Bersaksi' ini mengisahkan tentang seorang maknyah yang ingin kembali ke pangkal jalan dan kembali bertaubat serta mendalami ilmu agama. Watak maknyah yang dipegang oleh Syafie Naswip membuat keputusan masuk ke pusat tahfiz. Namun ketika di pusat tahfiz, dia telah dihina dan dikeji sebagai pengikut kaum Luth.

Bagaimanapun, beberapa hari lalu gambar dan sinopsis 'Demi Tuhan Aku Bersaksi' ini tersebar di laman sosial sehingga ia menerima kecaman netizen kerana dianggap tidak sensitif gara-gara memilih elemen budaya hidup songsang di dalam sebuah pusat keagamaan.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar& Instagram Fadzil Zahari


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: