08 August 2019

NAJDI UNIC TIMANG ANAK KETIGA, 'WAN NUR MEDINA'


Pada jam 1.10 pagi tadi, penyanyi kumpulan UNIC, Najdi atau nama penuhnya Wan Najdi Wan Mohd Noh telah selamat menimang cahaya mata ketiga dan bersyukur kerana isterinya, Norzareen Rahim selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3 kilogram secara normal.





"Alhamdulilah ibu dan bayi selamat dan berada dalam keadaan yang sihat. Saya bersyukur kerana semua proses berjalan dengan lancar," katanya ketika dihubungi.

Menurut Najdi, dia sudah mempunyai nama untuk puterinya itu iaitu Wan Nur Medina iaitu sempena ibadah umrah yang dijalani olehnya dan isteri tahun lalu.

Klik untuk gambar besar


"Sebenarnya kami menganggap bayi ini rezeki selepas kami sama-sama pulang dari mengerjakan Umrah tahun lalu. Isteri disahkan hamil anak ketiga ini selepas kami pulang dari tanah suci, jadi kami namakan dia Nur Medina sempena nama kota Madinah," jelasnya.

Najdi yang juga penceramah bebas dari program Imam Muda musim kedua itu bernikah dengan Norazreen pada 29 Januari 2016. Najdi dan isterinya itu turut dikurniakan dia cahaya mata yang lain Wan Nur Maisarah, 3, dan Wan Musthafa, 1 tahun.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Najdi UNIC & Norzareen Rahim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: