11 September 2019

ACHEY: "KENA ADIL... NAK SAMAN PENUNGGANG, PERLU JUGA PEMILIK KEDAI


Semua sedia maklum mengenai motosikal jenis Yamaha 15ZR atau 'Ysuku' dalam senarai pemerhatian polis berikutan trend mengubah suai motosikal itu tanpa mengikut spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Polis turut memberi amaran kepada mana-mana individu termasuk selebriti supaya menghentikan aktiviti mempromosi kegiatan modifikasi motosikal secara haram dan melanggar undang-undang.





Perkara itu mendapat perhatian pelawak Achey Bocey yang mengakui gemar mengubahsuai motosikal tetapi ianya tidaklah keterlaluan. Namun, Achey tidak bersetuju jika motosikal disita kerana perlaksanaan larangan tersebut perlu bermula di kedai aksesori.

"Ubahsuai ini, jika pembawakan positif maka positif lah jadinya. Bagi saya, pengubahsuaian lebih terarah keselamatan kerana motosikal berkelajuan lebih 120 kilometer/sejam, jika diubahsuai lebih stabil berbanding dikeluarkan daripada kilang.

Klik untuk gambar besar


"Saya akur arahan pihak berkuasa tetapi sekiranya motosikal ini disita, saya tidak bersetuju. Jika mahu melarang pengubahsuaian, perlu tahu ia bermula di kedai aksesori. Kita kena adil, jika nak saman pemilik atau penunggang, perlu juga ke atas pemilik kedai. Kes ini sama saja seperti penagih dan pengedar dadah," ujarnya.

Dalam pada itu Achey memberitahu, jika larangan dikenakan ia akan merugikan kerana ada diantara peniaga aksesori motosikal terdiri daripada Melayu dan Bumiputra: "Biarpun meminati ubahsuai Ysuku, kami patuh undang-undang. Cuma ingin ditegaskan penjualan aksesori punca pendapatan malah penunggang motosikal yang berkonvoi menghasilkan perolehan buat pengusaha kedai makan," katanya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Achey


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: