11 September 2019
DIGANGGU INDIVIDU GELAR DIRINYA 'TUNANG' - HELIZA MAHU LAPOR POLIS
Menerusi sebuah entri di laman Instagram baru-baru ini, penyanyi Heliza Helmi telah memuatnaik sekeping foto yang menunjukkan dirinya sedang menziarahi seorang ustaz, Rusydi Al-Jauhari di hospital di samping memohon kepada semua pihak untuk mendoakan kesembuhannya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut mendoakan semoga ustaz tersebut cepat kembali sembuh. Namun, apa yang lebih menarik adalah kelihatan seorang netizen memperkenalkan dirinya sebagai tunang kepada Heliza.
Individu yang dikenali dengan nama Muhd Safizal itu mendakwa anak perempuannya, Puteri berada di bawah jagaan Heliza. Heliza tidak berdiam diri malah terus membalas komen tersebut dengan mengatakan akan membuat laporan polis kerana ia sudah keterlaluan.
Rata-rata pengikut Heliza turut tidak berpuas hati dengan individu tersebut malah membuat laporan kepada pihak IG. Heliza merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang terlibat secara aktif membantu mangsa perang di Syria menerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Heliza Helmi
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment