11 September 2019

NAFKAH ANTARA PUNCA NOOR NABILA TUNTUT CERAI?


Kes perceraian pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila ketika ini sedang hangat diperkatakan. Menerusi prosiding di mahkamah, Sharnaaz menolak permohonan tuntutan cerai yang difailkan oleh Nabila kerana ingin cuba untuk menyelamatkan perkahwinan mereka.





Sebelum ini, ramai juga yang tertanya-tanya apakah punca pergolakan rumah tangga pasangan ini sehingga Nabila mengambil keputusan drastik mahu bercerai. Nabila selaku plaintif menyatakan empat alasan dalam tuntutan penceraiannya bersama Sharnaaz.

Antara alasan Nabila ialah mereka mula tinggal berasingan sejak Februari 2018 selain tiada nafkah batin lebih setahun. Nabila juga mendakwa Sharnaaz memberikan nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 walaupun berkemampuan untuk memberi lebih daripada jumlah tersebut.

Selain itu, Nabila juga mengatakan tiada lagi persefahaman antara mereka berdua meskipun sudah berusaha pelbagai cara untuk berdamai. Malah, perbincangan melalui keluarga juga tidak berjaya. Nabila memfailkan permohonan cerai pada 27 Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia setahun.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: