18 September 2019

AL-FATIHAH - SEORANG LAGI ABANG AZNIL HJ NAWAWI DIJEMPUT ILAHI


Takziah kami ucapkan kepada pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi yang sekali lagi diuji apabila seorang lagi abangya, Azharnim Nawawi menghembuskan nafas terakhir malam tadi (Selasa). Kami difahamkan Allahyarham Azharnim meninggal dunia selepas bertarung dengan penyakit kanser.





Allahyarham Azharnim, 61, menghembuskan nafas terakhir di sisi kaum keluarganya di sebuah hospital swasta. Menurut Aznil, Azharnim dimasukkan ke hospital berkenaan sejak beberapa hari lalu sebelum tenat pada Isnin.

"Saya dan adik-beradik yang lain reda dengan pemergian arwah abang saya. Walaupun pahit untuk menerima kehilangan dua orang abang dalam tempoh sebulan, namun, kami harus menerimanya dengan penuh kesabaran," katanya.

Pada 19 Ogos lalu ketika berada di Terengganu, Pak Nil dikejutkan dengan berita pemergian arwah abangnya, Azmir Nawawi. Semoga Pak Nil dan keluarga tabah dan salam takziah kepada Paknil serta keluarga. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aznil Hj. Nawawi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: