18 September 2019

SANTESH DITUDUH TAK HORMAT SITI NURHALIZA: "BILA MASA SAYA BIADAP?"


"Saya yakin Tokti tahu apa yang saya cuba sampaikan. Dia sendiri beri saya masa untuk jawab pada malam itu. Netizen harus faham ini adalah pertandingan dan yang terlibat ketika juri memberi kritikan adalah peserta dan juri sahaja.





"Kalau saya ada penjelasan yang saya harus berikan, kenapa saya perlu diam? Kalau saya tak beri penjelasan kepada Tokti malam itu, dia tak akan tahu perkara sebenar yang berlaku. Nanti dia ingat saya tiada efford dan tak buat homework dan berlaku salah faham dengan saya pula.

"Niat saya bukan untuk melawan... Tokti pun tahu saya tidak melawan," ujar peserta program 'Big Stage 2019', penyanyi Santesh yang memberitahu dia tiada niat bersikap kurang ajar terhadap penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza sebaliknya terpaksa menjelaskan perkara sebenar yang dialami kerana bimbang berlaku salah faham.

Persembahan Santesh di pentas pertandingan program tersebut tidak pernah mengecewakan. Dia antara peserta yang sering mendapat perhatian termasuk juri tetap, Siti Nurhaliza. Bagaimanapun, menerusi persembahan minggu kelima dengan menyanyikan lagu Korea, 'Gangnam Style' mendapat komen yang kurang memberansangkan daripada penyanyi 'Anta Permana' itu.

Malah, tindakan Santesh menjawab komen Siti dengan memberi alasan tidak cukup masa membuatkan netizen kurang senang dan dilabelkan sebagai biadap. Bercerita lanjut mengenai persembahan pada malam itu, Santesh mengakui tertekan kerana tidak mempunyai masa dan ruang untuk melakukan persembahan terbaik seperti yang dirancangnya.

Klik untuk gambar besar


Menurut Santesh, dia ada membuat arrangement muziknya sendiri untuk lagu itu namun kecewa kerana terpaksa membatalkan hasratnya itu pada saat-saat kerana enggan mengambil risiko: "Alasan tentang masa tak cukup tu memang betul... saya hanya ada empat hingga lima hari sahaja untuk membuat persediaan.

"Memang saya ada buat arrangement baru untuk lagu itu, seperti yang diminta Tokti... cuma ianya tak cantik dan saya pun tak nak ambil risiko dengan susunan muzik itu. Jadi saya ambil keputusan untuk terus drop dan perform dengan cara original sahaja," katanya.

Dalam pada itu, Santesh turut meminta untuk lebih mengenali peribadinya sebelum membuat sebarag tuduhan melulu terhadapnya: "Bila masa saya biadap? Mereka perlu selidik dahulu latar belakang saya... macam mana saya masuk industri dari awal, aktiviti dan karakter saya. Itu semua mereka tak tahu.

"Saya sebenarnya seorang yang ramah, saya suka baca komen orang dan reply mereka. Dari dulu saya begitu. Komen yang membina selalunya saya akan respons tapi kalau komen negatif selalunya saya beri smiley sahaja," tutur Santesh.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Santesh, Siti Nurhaliza & @bigstage2019


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: