06 September 2019

BARU 3 BULAN - ALISA AISYAH PUNYAI 500K PENGIKUT INSTAGRAM


Nampaknya anak-anak kepada pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah antara yang paling popular. Baru berusia 3 tahun, Yusuf kini mempunyai 2.7 juta pengikut di Instagram. Manakala Alisa bakal mengikut jejak langkah abangnya apabila kini sudah mempunyai lebih 500,000 pengikut di laman Instagram meskipun baru berusia 3 bulan.





Apa yang pasti ramai yang mengikuti Instagram anak kedua Hanis dan Hairul kerana kecomelannya seperti anak patung. Rata-rata netizen mengatakan dengan jumlah pengikut sebanyak itu populariti Alisa mengalahkan artis sedangkan akaun itu baru saja dibuka pada Jun lalu.

Tidak kurang juga ramai yang tertanya-tanya jika di usia tiga bulan sudah ada pengikut setengah juta, bagaimana pula jika 20 tahun lagi. Apa pun, Alisa memang comel sangat. Semoga Alisa membesar dengan baik dan sihat.

Klik untuk gambar besar















www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Alisa Aisyah, Hanis Zalikha & Hairul Azreen


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: