06 September 2019

BILA SAMBAL NASI LEMAK NOORKHIRIAH ADA LIPAS


Menerusi entri di Instagram (IG), pelakon Noorkhiriah telah berkongsi kisah makanan yang dimakan olehnya mempunyai seekor lipas. Pelakon drama 'Nur' itu mengakui kesal dengan sikap sesetengah perniaga yang tidak mementingkan kebersihan dalam menyediakan makanan dijual.





"Sambalipas gileer.. tak penah terfikir akan tjadi pada akak.. sedap2 makan.. sekali sambal bersambalkan lipas.. tolonglah jaga kebersihan.. bg org makan kot.. muntah weh tolonglah alert.. sori akak post,kalu tak mgkn akan terjadi lagi," tulis Noorkhiriah.

Menerusi ruangan komen, rata-rata mengakui kesal dengan sikap tidak bertanggung jawab perniaga tersebut dan berharap agar semua perniaga menjaga kebersihan dalam menyediakan makanan: "@shahidatun_umira: Mesti dia masak sambal malam, lepas tutup api dia tak tudungkan periuk sambal, lipas buat kerja la semalam, dalam banyak-banyak lipas satu ni terjatuh dalam tu. Eeeyerrkkkkk."

"@tirmue: Pengotor betul la. Nasib tak makan dengan lipas itu sekali. Pada semua perniaga silalah jaga kebersihan." - "@addyabdullah_: Wekkkk aku paling geli lipas. Kembang tekak nengok. Kalau saya loya sebulan kot ieee meremang dah tengkuk aduhaii bertabahlah kak."

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Noorkhiriah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: