25 September 2019

BERPURDAH, STATUS 'MOTHER OF TWO' - HANA AZRAA & PU ABU SUDAH BERBAIK?


Menerusi laman Instagram, isteri kepada pendakwah bebas PU Abu Sufyan, Hana Azraa telah memuatnaik sekeping foto berpurdah. Foto itu menunjukkan Hana menggayakan selendang berwarna 'turquoise' bersama jubah di sebuah pusat membeli-belah.





"Hidup adalah sebuah ujian. Jika Allah menjawab doa doamu bererti Allah ingin meningkatkan keimananmu. Jika Allah menunda doamu bererti Allah ingin meningkatkan kesabaranmu. Jika Allah tidak menjawab doamu maka yakinlah bahawa Allah memiliki sesuatu yan lebih baik buatmu," tulisnya sebagai kapsyen.

Tindakannya kembali memakai purdah telah menimbulkan persoalan kepada pengikutnya serta mengundang kecaman. Namun, terdapat segelintir pengikut yang bersikap positif dan menerima perubahan tersebut dengan hati terbuka.

Klik untuk gambar besar


Hasil pemerhatian, menerusi kemas kini terbaharu pada keterangan bio Instagram Hana, dia meletakkan keterangan 'Mother Of Two' (ibu kepada dua orang anak). Terdahulu, Hana meletakkan status 'Single Mommy' (ibu tunggal) selain turut meletakkan sekeping foto dirinya tidak berpurdah lagi dan ia menjadi tanda tanya ramai pihak.

Hana pernah mendedahkan hubungannya dan PU Abu sudah ibarat telur di hujung tanduk dan dalam proses perceraian. Namun, perkara itu dinafikan Abu dan menjelaskan hubungan mereka masih berlangsung sebagai suami isteri. PU Abu dan Hana yang berstatus janda anak satu telah mendirikan rumah tangga pada Mei lalu.

Kisah rumah tangga PU Abu menjadi perhatian umum apabila bekas isterinya, Ain 'Afini mendedahkan telah diceraikan suaminya selepas memilih untuk bernikah dengan Hana. PU Abu bernikah dengan Ain pada 31 Ogos 2018 namun menceraikan isterinya yang sedang hamil itu pada 13 Mac lalu menerusi aplikasi WhatsApp. Konflik mereka selesai apabila jatuhnya talak pada 16 Mei lalu. PU Abu dan Ain dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar pada 7 Jun 2019.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: