Pelakon Elfira Loy yang kini sedang menanti detik kelahiran bayi sulungya itu dilihat semakin cantik dan berseri-seri. Terserlah sinar kebahagiaan di wajahnya. Baru-baru ini, Elfira ada memuatnaik foto ketika dia dan suami menghadiri majlis akad nikah sahabatnya yang juga merupakan anak kepada pelakon terkenal Rosyam Nor.
Mengenakan sepasang jubah, rata-rata netien memuji gaya pemakaian Elfira kelihatan sangat sopan dan anggun berbanding dengan artis lain yang ada kalanya berpakaian ketat ketika hamil. Memang berseri betul Elfira, citarasanya dalam berpakaian juga sangat sesuai dengan dirinya. Apa pun, sama-sama kita doakan yang baik-baik buat Elfira, semoga proses kelahiran nanti dipermudahkan.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Instagram Elfira Loy & Faris Khairol Anuar
________________________

No comments:
Post a Comment