16 September 2019

HAFIZ SUIP & ISTERI BAKAL TIMANG ANAK KEDUA


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Hafiz Suip yang bakal menimang cahaya mata kedua selepas isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah mendedahkan dirinya kini sedang hamil menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagram miliknya.





Menurut Nureffy atau lebih dikenali dengan panggilan Effy, usia kehamilannya kini mencecah 13 minggu: "150919, surprise guys! #13weekspregnant," tulisnya ringkas yang menerima komen dimana rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.

Untuk makluman, Hafiz dan Effy telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Riyadh Zafri pada 31 Disember 2017.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: