15 September 2019

KELUARGA RUHAINIES TERBABIT KEMALANGAN, KERETA ROSAK TERUK


Pada jam 2 pagi hari ini, keluarga pelakon Ruhainies telah terbabit dalam kemalangan di Jalan Tun Razak berhadapan Institut Jantung Negara (IJN). Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 27, berkata, kereta jenis Kia Sportage yang dipandu adiknya, Riesya Sharmin turut dinaiki kedua ibu bapa, kakaknya yang juga pelakon Risteena dan seorang lagi adiknya, Nul Aiman.





"Kejadian berlaku selepas kami pulang menyambut hari jadi bapa. Mereka naik satu kereta dan saya dalam kereta lain. Ketika dalam perjalanan pulang, saya dihubungi adik yang memaklumkan mereka kemalangan. Difahamkan, sebuah kereta secara tiba-tiba muncul dari depan. Disebabkan itu, kereta dipandu adik tidak sempat mengelak dan terus bertembung. Kereta rosak teruk dan tidak boleh digunakan lagi," jelasnya.

Kemalangan itu mengakibatkan pergelangan tangan kanan ibunya, Che Bunga Salleh patah, kepala bapanya bengkak dan adik-beradik lain sakit badan. Sehubungan itu, keluarganya membuat laporan polis di Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee: "Terima kasih kepada pegawai yang bertugas. Mereka sangat membantu dan memudahkan urusan kami," kata Ruhainies.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Risteena Munim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: