25 September 2019

INDIVIDU GUNA PANGGILAN LUCAH TERHADAP ANAKNYA - AJAK SHIRO BERANG


Berang apabila terdapat seorang pengguna Instagram (IG) bernama 'Aaasin Comel' menggunakan panggilan lucah terhadap anaknya, pelawak dan pengacara Ajak Shiro berkata dia tidak kisah jika netizen tersebut ingin mengecamnya tetapi jangan melibatkan anaknya.





Untuk memudahkan pencarian, Ajak membuat tawaran kepada pengikutnya jika berjaya menemui Aasin dan Ajak akan menawarkan ganjaran wang ringgit: "Mamat ni panggil aku pund*k dalam video aku dengan anak aku tadi. Kecam aku sudahlah. Anak aku kau nak kecam dah kenapa. Sapa dapat dia aku bagi RM500, dm aku sekarang. Buat @aasincomel kau tunggu kejap".

Walaubagaimanapun, selepas dua jam, Ajak memohon maaf dengan sikapnya yang terlampau mengikut emosi: "Assalamualaikum saya Ajak. Saya ingin meminta maaf kerana bersikap 'rakus' tadi untuk mencari budak, Aasin Comel.

Klik untuk gambar besar


"Sekarang ini selepas tengok hujan dah turun, jerebu makin elok, anak saya sudah boleh main basikal, saya maafkan Aasin. Lain kali jaga bahasa. Jangan sesuka hati panggil orang dengan panggilan 'pun...' sebab kita boleh buat benda yang sama tetapi tak nak melakukannya," katanya menerusi sebuah video.

Pengacara rancangan realiti hiburan spontan All Stars Buka Panggung (ASBP) itu turut berpesan kepada ibu bapa supaya memantau perangai anak-anak: "Jadi nak berpesan kepada semua, saya juga ada anak risau jika mereka membuat benda yang sama pada orang lain. Jagalah anak-anak kita, bukan saya mengajar cara mendidik anak tetapi tidak suka bahasa seperti ini digunakan.

"Kita sebagai orang tua kena jaga adab. Saya memang pelawak tetapi kalau saya dengan anak saya jangan cabar-cabar. Saya bukan budak-budak tau," kata Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak yang mendirikan rumah tangga bersama Nur Afifah Amin, seorang guru dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ajak Shiro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: