16 September 2019

MAHU ELAK ANASIR NEGATIF - IZARA AISHAH MASIH TUTUP KOMEN


Tidak berganjak dengan pendirian menutup ruang komen di media sosial kerana tidak mahu memberi ruang kepada warganet menyebarkan anasir negatif, pelakon Izara Aishah berkata dia kesal platform untuk mendekati peminat disalah guna segelintir pihak sehingga dia terus berpegang dengan prinsip itu.





"Pada pendapat saya, masyarakat perlu tahu membezakan antara kebebasan bersuara dan sikap biadap. Ini terutama dalam kalangan anak muda yang mempunyai dua karakter dan lantang bersuara di alam maya. Saya tidak mahu memberi ruang kepada segelintir pihak bersikap kurang sopan di akaun saya. Apatah lagi kata-kata negatif itu dilemparkan terhadap keluarga dan teman-teman. Jadi, lebih baik, saya menjauhkan diri daripada unsur negatif begitu," katanya.

Namun, Izara berkata, ada ketikanya, untuk tujuan penting, dia membuka ruangan komen bagi mendapatkan maklum balas pengikut mengenai sesuatu perkara: "Benar, ada kala saya buka ruang komen kerana ingin berkomunikasi dengan peminat.

Klik untuk gambar besar


"Bagi saya, media sosial adalah medium paling efektif. Malah, saya turut mempromosikan produk dihasilkan rakan selebriti. Namun, peluang berniaga terhad kerana saya menutup ruangan komen, jadi kerana itulah sekali-sekala saya membuka komen,” katanya.

Dalam perkembangan terbaru, isteri kepada ahli perniagaan, Muhammad Adib Khalid itu menjalin kerjasama menghasilkan tuala wanita jenama Enya bersama Elaine Hong, yang dilancarkan di ibu negara, baru-baru ini. Izara berkata, produk itu bukan sahaja memenuhi keperluan wanita, malah menitik beratkan kesihatan dalaman.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Izara Aishah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: