16 September 2019

TAHNIAH - AZRINAZ SELAMAT LAHIRKAN ANAK KETIGA, PEREMPUAN


Pada jam 10.20 pagi semalam, bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim telah selamat melahirkan anak ketiganya yang merupakan bayi perempuan secara normal dengan berat 2.75 kilogram di sebuah pusat perubatan.





"Saya dimasukkan ke pusat perubatan dari jam 5.30 pagi. Beberapa jam selepas itu, anak saya dilahirkan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan proses kelahiran juga mudah. Saya tidak menjangka semuanya berlaku begitu pantas. Mungkin kerana saya mengamalkan gaya hidup sihat, selain rezeki, semuanya menjadi mudah," katanya.

Isteri kepada Fairos Khan Abdul Hamid itu berkata, dia begitu teruja apabila kembali menimang cahaya mata selepas 11 tahun: "Nampaknya selepas ini, rutin hidup saya akan berubah dan mungkin terpaksa berjaga malam. Saya tidak kisah berkorban kerana semua itu demi anak tersayang," tuturnya.

Klik untuk gambar besar


Azrinaz berkata, ketika ini, dia masih belum bersedia berkongsi gambar wajah anaknya, malah nama hanya akan diumumkan selepas tujuh hari. Pasangan itu melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis tertutup pada 1 Mei tahun lalu. Azrinaz dan suami mula rapat sejak lebih setahun lalu.

Menerusi perkahwinan terdahulu bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Azrinaz dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 13, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 11.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Azrinaz Mazhar Hakim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: