16 September 2019

"SORANG JADI DUA, BERTIGA... SEMOGA TAHUN DEPAN BEREMPAT" - SAHARUL


Tanggal 16 September 2016 merupakan tarikh dimana pelakon Saharul Ridzwan disatukan dengan isterinya, Qaabila Deena Emir Mohammad Akif Emir dan hari ini genap ulang tahun ketiga perkahwinan mereka. Dalam pada itu, pelakon '30 Pesanan Suara' ini bersyukur kerana hidupnya semakin bahagia dengan kehadiran seorang cahaya mata, Muhammad Luth Ali, 2 tahun.





Pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2011/2012 ini mahu menjadi seorang ketua keluarga yang berjaya memimpin isteri dan anak sulungnya itu: "Rabbana hab lana min azwajina wa dzurriyyatina qurrata a'yunin waj-'alna lil-muttaqîna imama. Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. [Qs. Al Furqan 25:74]

"Hari ni, genap 3 tahun saya jadi suami awak. Dari seorang, jadi dua dan sekarang dah bertiga. Semoga tahun depan pada tarikh ni kita dah BEREMPAT.. Amin Ya Rabbal A'lamin. Semoga Allah terus lindungi kita dari segala keburukan dunia dan akhirat.

"Semoga sy terus menjadi nakhoda kapal utk kita ke syurga. Fuh. Ayat sweet semut2 yang lain sy ckp depan2 jelah. Doa kalian utk kesejahteraan dan kebahagiaan rumah tangga kami lebih bermakna dari semut2 tu. Semoga Allah makbulkan segala yang baik, dan jauhkan segala yang tidak baik. Amin," tulis Saharul.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram saharul Ridzwan & Qaabila Deena Emir


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: