17 September 2019

SUAMI SAHKAN LUFYA DICERAIKAN MENERUSI WHATSAPP


"Saya sudah menerima permintaan Lufya untuk meminta cerai. Akhirnya saya menyambutnya dengan cara baik minggu lalu ketika kami berhubung menerusi WhatsApp bagi membincangkan hal rumah tangga. Bagaimanapun, apa yang boleh saya katakan, perbualan kami tidak mencapai kata sepakat.





"Saya harap penjelasan ini sudah pun jelas. Ia terlalu peribadi untuk saya kongsi. Banyak hati yang perlu dijaga. Namun, saya mengharapkan netizen tidak membuat sebarang spekulasi. Saya lebih mengenalinya dan begitu juga dengan dia. Doakan yang terbaik buat kami demi anak.

"Selebihnya, biarlah kami yang selesaikan," demikian jelas Dr Che Muhammad Hafiz yang mengesahkan sudah menjatuhkan talak kepada isterinya, Lufya Omar menerusi aplikasi WhatsApp minggu lalu dan memberitahu cerai dilafazkan selepas semua usaha untuk menyelesaikan kemelut mereka menemui jalan buntu.

Klik untuk gambar besar


Enggan mendedahkan punca perceraian perkahwinan yang dibina hampir tiga tahun itu, Che Hafiz berharap kes mereka dapat diselesaikan secara baik. Pada masa yang sama, dengan penjelasan ini, dia mengharap netizen tidak mencetuskan pelbagai spekulasi lagi.

Teka-teki mengenai pergolakan rumah tangga Lufya akhirnya terjawab selepas beberapa hari lalu menjadi bualan netizen apabila pelakon itu memuatnaik status mendakwa suaminya tidak menjalankan tanggungjawab selepas tiga bulan berkahwin.

Terdahulu, Lufya mendakwa telah dianiaya suaminya yang disifatkan 'tidak terjangkau dek fikiran' terhadap dirinya. Dakwa Lufya lagi, dia turut mengalami kemurungan selain luka di badan akibat perlakuan suaminya.






www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: