28 September 2019

MAMAT AKUI KES DADAH ERATKAN HUBUNGANNYA DENGAN EXIST


"Saya tak rasa kesal ataupun gusar tak dapat meneruskan konsert selepas isu penahanan tersebut kerana mendapat sokongan 100 peratus daripada anggota Exist. Sebelum ini mereka tak rapat dengan saya, namun semuanya berubah apabila ujian sebegini berlaku.





"Kami semakin akrab dan saya harap ia akan tetap bersinar demi nama Exists," demikian kata bekas vokalis utama kumpulan Exists iaitu Mamat yang berkata isu dicekup polis kerana positif dadah tidak mematahkan semangatnya untuk terus beraksi dalam konsert Exists Reunion yang akan diadakan pada Sabtu.

Malah menurut Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 41, apa yang berlaku menjadikan mereka lebih akrab. Penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Rahsia Pohon Cemara' itu ditahan polis pada 8 September lalu kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kesalahan dadah ketika menunggang motosikal bersama rakannya di Johor Bahru. Dia bagaimanapun dibebaskan daripada tahanan reman dengan jaminan polis pada 10 September.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: