28 September 2019

PENGURUS PERIBADI SITI NURHALIZA MAHU IKUT JEJAK JASMIN HAMID


"Semakin negara maju, semakin ke belakang sikap pengguna media sosial. Saya kira jika adik dan artis saya (Datuk Seri Siti Nurhaliza) melakukan apa yang dibuat oleh Jasmin serta beberapa selebriti lain, itu juga akan menjadi pengajaran.





"Selama ini, beliau mengambil sikap berdiam diri dan menutup mata tetapi semakin hari mereka semakin berani memfitnah, mencerca, menghina tetapi rata-rata tidak menggunakan nama atau gambar sebenar dan berselindung di sebalik akaun palsu.

"Selepas ini kami akan lebih tegas," tulis pengurus dan pembantu peribadi Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abd Razak yang memberitahu dia akan melakukan perkara sama seperti pelakon Jasmin Hamid terhadap mana-mana individu yang membuat memfitnah terhadap penyanyi kesayangan negara itu.

Klik untuk gambar besar


Rozi memberi amaran berkenaan menerusi posting dimuatnaik di InstaStory miliknya dan turut memuatnaik paparan skrin petikan artikel Jasmin yang mengambil tindakan undang-undang terhadap netizen yang menggelarkan anak angkatnya, Rohhana Abdul Hamid sebagai bapok.

Kes itu bagaimanapun diselesaikan secara baik diluar mahkamah selepas pelakunya, Izzatul Hairiyah Abdullah membuat permohonan maaf secara terbuka pada Khamis. Siti Sebelum ini pernah menerima kecaman netizen apabila beberapa individu meninggalkan komen negatif terhadap anak perempuannya, Siti Aafiyah Khalid. Selain itu, hubungan akrabnya dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad turut mendapat kritikan daripada netizen.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: