27 September 2019

NETIZEN TAMPIL MOHON MAAF, ISU HINA ANAK ANGKAT JASMIN HAMID


Rasa lega apabila netizen yang memfitnah rupa fizikal anak angkatnya, Rohana Abd. Hamid, 32, telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka, pelakon Jasmin Hamid berkata tohmahan yang dilemparkan kepada anaknya dalam media sosial Instagram dianggap keterlaluan kerana menyentuh fizikal dan perwatakan anaknya.





Mengulas tindakannya mengemukakan tuntutan saman ke atas tiga individu yang didakwa menghina anak angkatnya, Rohhana Abdul Hamid, Jasmin memberitahu tindakan dilakukannya itu bertujuan menjaga maruah Rohhana dan keluarga. Tegas Jasmin, berikutan digelar 'bapok' oleh warganet, kehidupan dan emosi anaknya terganggu.

"Apa yang dilakukan ini demi anak perempuan saya. Apa sahaja rupa dan fizikal anak saya, tiada siapa berhak menghinanya. Tindakan saya ini bukan atas paksi meraih publisiti atau mencari duit lebih menerusi saman ganti rugi malu. Ia lebih kepada memberi pengajaran kepada warganet, khususnya, agar tidak lantang bersuara dan lebih berhati-hati apabila berkata-kata di laman maya. Negara kita memiliki undang-undang.

"Menjadi wira papan kekunci bukan bererti mereka mempunyai lesen bersuara tanpa memikirkan sensitiviti orang lain. Agama kita turut menegah seseorang daripada mencela fizikal orang lain. Nasib anak saya perlu dibela. Dia tidak pernah melakukan sebarang kesalahan kepada netizen, tetapi mengapa diperlakukan seperti itu? Urusan fizikal tidak perlu dibuat main kerana semua itu kurniaan Allah," kata Jasmin pada sidang akhbar khas yang diadakan di Kompleks Filem Negara di sini, kelmarin..

Pada sidang media kes samannya di Petaling Jaya, semalam, Jasmin yang diwakili peguam, Nasser Yusof, turut menuntut seorang daripada individu terbabit, Izzatul Hairiyah Abdullah, membuat permohonan maaf secara terbuka, selain membayar ganti rugi, akuan bersumpah menarik balik tohmahan, kos guaman dan permohonan maaf bertulis di akhbar

Dalam sidang media tersebut, Izzatul memohon maaf di atas kekhilafannya, selain kesal dengan tindakan dilakukannya. Menurut Izzatul, tindakan menggelarkan Rohana sebagai 'bapok' (mak nyah) hanya sekadar gurauan dan suka-suka sahaja tidak ada membawa maksud yang serius.

Klik untuk gambar besar


"Saya memohon maaf dan takkan mengulanginya lagi. Saya akui kesal atas tindakan dilakukan terhadap Rohhana. Saya juga tidak sangka komen dilemparkan akan menjadi kes sebesar ini. Maafkan saya," tuturnya. Laman sosial Instagram saya masih ada, tetapi sudah ditukar nama. Niat saya hanya mahu main-main. Saya sangat terkejut apabila menerima surat tuntutan maaf daripada peguam. Harap Kak Rohana dapat maafkan perbuatan," ujarnya Izzatul.

Jasmin Hamid dan anaknya diwakili peguam Naseer Yusof dari Tetuan The Law Chambers Of Fauzi & Nasser. Bagi Jasmin sendiri, tindakan memfailkan saman tersebut dilihat sebagai satu cara mengajar netizen agar tidak melakukan buli siber.

Jika sebelum ini khalayak hanya menganggap saman daripada selebriti hanya mainan dan tidak serius, tetapi kini dia membuktikan bahawa artis juga mempunyai hak untuk bersuara: "Buat dua orang lagi individu, sila beri kerjasama untuk selesaikan masalah ini. Saya juga tidak mahu panjangkan kes sehingga perlu ke mahkamah.

"Jangan berpendapat artis boleh dipijak. Artis bukan milik masyarakat, tetapi penghibur masyarakat. Harap netizen boleh ambil pengajaran dan lebih berjaga-jaga sebelum menghantar komen dalam media sosial," jelasnya lagi.

Terdahulu, sekitar Mac 2019, gambar Rohana dan Jasmin menjadi tular apabila netizen mula mengutuk dan memberi gelaran melampau batas tentang fizikal anak angkat dramatis popular itu. Dek kerana itu, Jasmin membuat laporan polis apabila sekumpulan individu menghina wajah anaknya itu, sebelum memfailkan saman pada 2 Mei lalu. Selain Izzatul, dua lagi individu yang sudah dikenal pasti juga bakal berdepan tindakan undang-undang.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Kosmo & Instagram Jasmin Hamid


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: