27 September 2019

"SELAMAT DARI STATUS BANDUAN... TUNGGULAH BALASAN ALLAH" - FIZUL NAWI


Mendedahkan dirinya terselamat daripada dipenjarakan atas tuduhan membenarkan imigran haram tinggal dalam sebuah premis, suami kepada pelakon Nadya Syahera iaitu Fizul Nawi menerusi Instagram (IG) miliknya menyatakan dirinya ditipu apabila menitipkan doa semoga individu tersebut mendapat balasan di akhirat nanti.





"Alhamdulillah bernasib baik masih lagi selamat dari status banduan... Terima kasih Ya Allah. Kepada yang berkenaan tu tunggulah balasan Allah S.W.T. kalau di dunia anda selamat takpe ingat akhirat pasti tak akan terlepas. Sama jugak yang si staff yang penipu, kau boleh tipu bos tapi sampai satu masa kau tak akan terlepas.

"Pasti akan kantoi juga. Tunggulah pembalasan dari Allah sebab kau tahu aku tak akan buat apa-apa kalau kantoi paling tidak kena buang kerja je kan? Sebab apa sebab manusia bukan ada hak nak menghukum sesama manusia. Ujian tahun ni berniaga 2, 3 orang penipu. Nasib la. Sabar jela," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Fizul atau nama sebenarnya Mohd. Hafizul Md. Nawi didakwa dengan sengaja membenarkan tujuh imigran haram masuk dan tinggal di sebuah premis yang beralamat di XG/25, Blok Bawah J, Jalan Plumbum X7/X, Seksyen 7, Shah Alam pada pukul 10.10 malam, pada 20 Februari lalu.

Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen, Noor Asfihan Abdul Wahid mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 55 (E) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan) 2002. Seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM30,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap warganegara asing yang dibenarkan berada dalam premis.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fizul Nawi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: