28 September 2019

SELEPAS 6 TAHUN - ERRA FAZIRA HADIAHKAN SINGLE 'MENANGKAH CINTA'


Akhirnya setelah sekian lama iaitu enam tahun, penyanyi dan pelakon, Erra Fazira hadir dengan single terbaharu berjudul 'Menangkah Cinta'. Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Cek, 45, berkata, kali terakhir dia muncul dengan lagu single adalah pada tahun 2013 menerusi lagu 'Hanya Kau' gandingan duet bersama Datin Seri Paduka Umie Aida.





"Alhamdulillah. Terima kasih buat semua yang menyokong dan mendoakan saya. Penantian selama ini sudah berakhir dan terimalah Menangkah Cinta," titip Erra menerusi Instagram miliknya semalam yang mendapat pelbagai komen dan reaksi serta pujian akan kelunakan suara dan auranya yang masih ampuh seperti dulu.

'Menangkah Cinta' mendapat sentuhan daripada penyanyi nasyid dan komposer Hafiz Hamidun serta lirik oleh Iman Imran. Sejak video lirik lagu tersebut dimuatnaik di laman YouTube semalam, ia telah ditonton lebih daripada 15,000 kali tontonan serta mendapat 1.3 juta tanda suka. Lagu tersebut turut boleh didengari menerusi semua platform muzik digital seperti Joox, Sptify dan iTunes.

Terdahulu, Erra yang terkenal dengan jolokan Primadona Filem Melayu itu turut tampil menerusi filem bergenre seram dan cemas berjudul 'Wangi' yang telah menemui penonton 5 September lalu dan turut menampilkan gandingan pelakon Sharnaaz Ahmad, Syazwan Zulkifly serta Nabila Huda.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Erra Fazira


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: