26 October 2019

AISHAH TUMPANG RUMAH, CEMBURU, HALAU - SYAFIE SAHKAN PENDEDAHAN A-Z BADRUL


Berhubung pendedahan yang dikongsikan oleh pengurusnya iaitu Badrul Hashim menerusi beberapa posting di laman Instagram miliknya, pelakon Syafie Naswip ketika dihubungi mengesahkan mengenai setiap butiran yang didedahkan itu.





Syafie berkata bekas tunangnya, Aishah Azman dan dua lagi ahli keluarga aktres itu pernah menumpang di rumahnya selama hampir sebulan atas sebab-sebab tertentu. Perkara itu itu diakui Syafie, 27, selepas dakwaan kes ugut dan mendatangkan kecederaan terhadap adik Aishah berakhir apabila pihak pendakwa raya membuat keputusan Tiada Tindakan Lanjut (TTL) kerana tiada keterangan yang mencukupi.

"Ya, apa yang dikongsikan abang Bad (Badrul) itu semuanya betul. Saya benarkan dia didedahkan semua sebab dia tahu cerita daripada A to Z. Bagi saya, lebih baik orang yang lebih arif dalam penulisan yang menceritakan semuanya. Sebab kalau saya, takut nanti penulisan itu menjadi lebih beremosi.

Lagipun saya pun masih belum bersedia untuk berkongsi semua itu kepada umum. Jadi biarlah abang Bad sahaja yang bercerita," kata Syafie ketika diminta mengulas mengenai status Badrul di Instagram yang membuatkan beberapa pendedahan berkaitan kejadian dan kronologi yang berlaku terhadapnya.

Klik untuk gambar besar


Selain itu, Aishah dan keluarga dikatakan menumpang, Badrul juga mendakwa adik kepada pelakon Afiz Muaz itu cemburu dengan keakraban Syafie dan adik angkatnya, Sapawi Johnson: "Nanti aku ceritakan bagaimana tiga beranak tu tumpang rumah Ayie (Syafie) hampir sebulan sebab nak larikan diri.

"Tapi sebelum itu, untuk tahu punca fitnah hubungan sejenis ni, kita throwback sikit. Prosesnya melibatkan 'penyingkiran' salah seorang ahli keluarga di atas. Teka siapa? Sapawi! Betul! Proses bermula secara halus saja sebelum bertukar jadi agresif.

"Makin hari asyik nama Sapawi saja naik dalam perbualan. aku susah payah ajar dan didik Sapawi jadi pengurus yang baik buat Ayie, tiba-tiba kau pula yang sibuk nak buang Sapawi dan halau dia dari rumah yang guna dia juga," tulisnya.



Sementara itu, pelakon drama '4 Penjuru' itu meluahkan rasa bersyukur kerana kes dakwaan jenayah melibatkannya sudah selesai: "Alhamdulillah, fokus utama saya kini adalah bersyukur sebab semuanya sudah selesai. Apa-apa yang berlaku selepas ini, saya hanya go with the flow saja," ujarnya.

Dalam kejadian pada 26 Jun lalu, Aishah, 23, dalam laporannya mendakwa Syafie datang ke rumahnya di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Serdang kira-kira 9 pagi dan berlaku pertengkaran dalam kereta aktor itu.

Syafie turut didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap bekas tunangnya itu. Akibat insiden berkenaan, ikatan pertunangan mereka akhirnya terputus pada 21 Julai lalu. Pasangan itu melangsungkan majlis pertunangan di Forest Valley Hall, Cheras pada 7 April lalu.












www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Badrul Hashim, Syafie Naswip & Aishah Azman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: