26 October 2019
TASHA SHILLA TEGAS TAK MAHU BERKONGSI, CUBA ELAK BERMADU
Cerita mengenai pelakon Tasha Shila sudah lama kita tidak dengar, malah tiada lagi dikaitkan dengan mana-mana lelaki. Selepas berdepan pengalaman pahit gagal dalam cinta, Tasha akui serik untuk kongsikan kisah peribadinya. Terkini, Tasha menegaskan dia tidak akan menerima pelawaan lelaki yang ingin menjadikannya isteri kedua dan akan cuba sedaya upaya mengelak berkongsi kasih.
"Dalam kehidupan sebenar saya tak mahu berkongsi dan akan cuba elakkan bermadu. Semua itu berbalik kepada diri kita sendiri. Bagaimana reaksi kita sekiranya ada individu cuba 'memancing' walaupun sudah beristeri," katanya.
Jelas Tasha lagi, dirinya kini belum berpunya dan buat masa ini dia belum bersedia untuk menjalin hubungan cinta dan mahu fokus dalam karier lakonannya serta menyerahkan soal jodoh kepada Allah: "Saya lebih suka berkawan kerana belum bersedia untuk bercinta. Saya serahkan soal jodoh kepada Allah SWT dan kalau ada jodoh, saya terima. Buat masa sekarang fokus saya hanya terhadap karier lakonan dan mahu lebarkan sayap ke luar negara".
Usia sudah mencecah 32 tahun pasti ramai peminat mahu melihat Tasha bertemu jodoh dan mendirikan rumah tangga. Kita doakan yang baik-baik saja untuk Tasha Shila.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Tasha Shilla
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment