"Alhamdulillah, segala persiapan sudah berada di tahap 95 peratus, tinggal tunggu hari tersebut sahajalah untuk berkahwin. Bercakap dari segi mental, saya tak boleh cakap dah bersedia ke tidak tapi 70 peratus tu saya bersedia untuk menempuh alam baru memandangkan saya kenal bakal suami dah lama jadi harap semuanya akan okay," ujar pelakon Eyra Hazali yang berkongsi persiapan menjelang hari bahagianya bersama penjaga gol skuad bola sepak bawah 22 tahun negara, Muhammad Haziq Nadzli.

Eyra, 23, kini sibuk menyediakan segala persiapan akhir menjelang perkahwinannya yang akan berlangsung tidak lama lagi. Malah menurut Eyra lagi, dia sudah mula belajar memasak makanan kegemaran bakal suaminya sebagai salah satu persediaan memasuki fasa berumah tangga.
"Haruslah belajar makanan kegemaran dia tapi Haziq pernah cakap dengan saya supaya tak perlu terlalu mencuba untuk masak makanan yang dia suka," katanya lagi yang bakal disatukan pada 1 November ini di Kuala Lumpur, selepas bertunang pada 1 Disember 2018 setelah setahun bercinta.
Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Eyra Hazali & Muhammad Haziq Nadzli
________________________

No comments:
Post a Comment