26 October 2019

SWEET QISMINA SIMPAN IMPIAN BAWA IBU & KELUARGA TUNAI UMRAH


"Mengikut perancangan, saya ingin menunaikan umrah bersama keluarga pada Disember depan. Namun, saya pula terikat dengan jadual kerja. Insya-Allah, sekiranya tiada aral melintang, saya akan ke sana pada tahun hadapan, memandangkan ketika itu pengajian juga sudah tamat. Saya perlu menunaikan impian ibu secepat mungkin memandangkan dia baru sahaja meluahkan hasratnya itu.





"Dalam keluarga kami, hanya abang yang pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci, dua tahun lalu. Sebenarnya, sejak kecil lagi saya teringin ke Tanah Suci. Doakan semuanya dipermudahkan buat saya dan keluarga," demikian tutur pelakon Sweet Qismina yang menyimpan impian membawa ibu dan keluarganya menunaikan ibadat umrah, sempena ulang tahun kelahiran ke-22 yang jatuh pada 24 Oktober lalu.

Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi berkata, hasrat untuk menjejakkan kaki di Makkah pada tahun ini terpaksa ditangguhkan bagi melunaskan komitmennya terhadap kerja dan pelajaran. Berkongsi mengenai sambutan ulang tahun kelahirannya, kelmarin, bintang Pusaka itu berkongsi rasa teruja apabila kekasihnya, Adam Lee, membuat kejutan bersama keluarganya.

"Mengenali Adam, dia bukan seorang yang romantik, jadi saya tidak meletakkan harapan tinggi. Malah, kami masih dalam peringkat mengenali hati budi kerana baharu sahaja berkawan. Lazimnya, setiap tahun keluarga yang akan mengadakan sambutan ulang tahun kelahiran saya, tidak kiralah sama ada saya mempunyai teman lelaki atau tidak. Saya sendiri ingatkan Adam tiada. Jadi, apabila dia muncul pada saat akhir untuk menyambut hari jadi saya, ia sesuatu yang bermakna," kata Sweet.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Sweet Qismina


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: