13 October 2019

CHIWAN & ACHOK LUAH RASA SEDIH KEHILANGAN ANGGOTA CHILOK, KAMAL


Menerusi laman Instagram, pelawak Chiwan meluahkan rasa sedih selepas kehilangan salah seorang anggota kumpulan Chilok, Kamal yang meninggal dunia semalam. Kata Chiwan, selepas ini tiada lagi insan yang sudah dianggap seperti adik yang akan bersama dan menemaninya.





Luahan itu dibuat menerusi Instagram (IG) miliknya beserta sebuah video semasa mereka menyertai sebuah pertandingan lawak di sebuah stesen televisyen. Tambah Chiwan atau nama sebenarnya Mohd Azwan Sabri, walaupun masa perkenalan mereka singkat namun itu sudah amat bermakna buatnya.

"Tak ada lagi org yg panggil aku "chi" guna suara bass..tak ada lagi org yg akan abiskan makanan aku..tak ada lagi orang yg akan bawak patin tempoyak dtg kl untuk aku..even muka ko lg tua dari aku aku dh anggap ko mcm adik aku sendiri mal..tenanglah kau disana sahabat.. aku sayang ko mal semua orang sayang ko mal tp semua kena akur kerana Allah lebih menyayangi kau mal..

"Terima kasih Ya Allah kerana pinjamkan kamal kepada kami even hanya sebentar.. cukup untuk kami merasai kenangan terindah bersama kau mal.. pulang la mal kepada sang pencipta.. satu hari nanti aku akan menyusur jua.. semoga kau dicucuri rahmat dan berada disamping orang2 yg beriman..Al-fatihah," tulis Chiwan.

Sementara itu, Ahok Chilok turut meluahkan rasa sedih kehilangan sahabatnya, Kamal kerana tiada lagi kawan yang kuat bahan dan kawan yang dia boleh bahan dalam Chilok. Kata Acok lagi, sebelum bermula persembahan, dia menyuruh Kamal gelak dulu untuk bagi dirinya hilang rasa berdebar.

Klik untuk gambar besar


"Masa aku datang jenguk kau kat Wad icu aku dah nangis mal, tadi dpt berita kau dah tak ada aku tak tau nak cakap apa, aku terkejut sangat. Allah sayangkan kau mal, lepas ni tak ada kawan yg kuat bahan aku dan kwn yg aku bole bahan dalam Chilok dah.

"Sebelum start show aku mesti suru kau gelak dulu utk bagi aku hilang nervous. Tq mal sebab menjadi pendengar yg selalu membantu dan positif dlm apa keadaan. Aku sayang kau sahabat KAMAL@LAMAK , semoga roh kau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org beriman . #Kamalchilok #chilok #inikalilah #thechilok #luchilokguaguachiloklu #sahabatataspentas #sayangkaumal," tulis Achok pula.

Kamal menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya kira-kira jam 4.40 petang semalam. Jenazah dimandikan di Hospital Putrajaya dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Bangkong, Sepang pada hari ini. Kamal meninggalkan seorang isteri dikenali Bea Zhari yang kini sedang hamil anak sulung.

Terdahulu, Kamal dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada hari 10 Oktober lalu. Kamal dibawa ke Hospital Putrajaya dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Akibat kemalangan tersebut, Kamal atau nama sebenar Mohd Kamal Shah Saharuddin mengalami kecederaan pada anggota badan serta kepala dan tidak sedarkan diri.










www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, mStar, Instagram Chiwan Chilok & Achok Chilok


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: