13 October 2019

BABY DANIAL TUNJUK PENINGKATAN POSITIF: "SEMPAT MAMA SCAN 6D..." - ABBY ABADI


"Muhammad Danial Firman Faizal... Sempat Mama scan 6D aritu sebelum terberanak hihi. Skrg dah lahir dah dia. Keluar pramatang 24minggu dgn berat 535gm. Minggu pertama turun 470gm, skrg 16hari dah naik 600gm, sekelip mata segalanya berlaku... rasa mcm masih bermimpi pun ada.





"Yer... Hari ni hari ke 16 dah.. Ya ALLAH, hebat terus ye anak Mama Abah. Terus kuat & bertahan ok. Mama dah ada set bantal dia, pastu nanti Mama nk buat cantik2, nk hias comey2 katil dia utk sambut dia balik ye hehe.. Amin Amin semoga ALLAH permudahkan

Tadi pagi2 lagi Mama & Abah @jaiezzany dah jenguk Baby Danial. Hantar susu, urut2, sembang2 lagi hihi... Haritu pernah kritikal 90% bergantung pada machine kan? Lepas tu turun 65%. Hari niii dah turun lagi 50% . Berkat doa semua... Syukur.

"Terus mendoakan Baby Danial Sy ye. Kami sayang dia sangat! Dan Sy tahu ada ramai juga Sahabat2 disini yg syg pada Baby Danial kan walaupun tak pernah tengok. Tadi jumpa Doc pun, dah lain dah cara Doc bercerita tentang Baby Danial . Kuat anakku sayang

Klik untuk gambar besar


"Ps: Ni, sehari sebelum masuk hospital haritu. Pergi HBSB aritu sebenarnya untuk berehat je sebab bacaan darah tinggi & turun naik... ingat dah ok, minta keluar balik mcm yg Sy pernah buat kalau check in di KPJ Tawakal. Rupanya, hospital kerajaan tak buleh suka suki dah masuk nk keluar mcm tu huhu... Dah masuk, berserah & bertabahlah. #sambungpasalterberanaknantiye hehe #TerusDoakanBabyDanialkami #HanyaDOAbulehUbahTakdirDIA," demikian tulis pelakon Abby Abadi.

Abby berkongsi perkembangan terkini anaknya, Muhammad Danial Firman Faizal yang dilahirkan pramatang pada 27 September lalu itu menerusi laman Instagram miliknya. Menurut Abby, pada awal kelahiran berat Danial hanya 535 gram (gm) berbeza selepas 16 hari kerana sudah meningkat 600 gm.

Bercerita mengenai perkembangan bayi mereka, Abby memberitahu anaknya itu sudah menunjukkan peningkatan positif malah tidak sepenuhnya bergantung pada mesin pernafasan. Untuk makluman, Abby melahirkan bayinya itu ketika usia kandungan enam bulan.

Dia terpaksa melahirkan bayinya menerusi proses pembedahan pada 27 September lalu selepas mengalami 'turun darah' kerana bacaaan darah tinggi yang meningkat. Pada tahun 2017, Abby pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan. Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015 dan turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Abby Abadi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: