12 October 2019

ISTERI HAMIL 3 BULAN - MEGAT MENTOR 7 BAKAL BERGELAR BAPA


"Saya dapat tahu berita ini sehari selepas hari jadi pada 15 Ogos lalu. Jadi, saya anggap ini hadiah 'birthday' saya. Sebaik mendapat tahu, saya dan isteri sangat teruja. Bayangkanlah, kami sepatutnya berbulan madu di Indonesia selepas berkahwin, tetapi hajat tak kesampaian.





"Tidak mengapa... Kami beroleh rezeki lebih besar. Saya tidak sabar menimang cahaya mata sulung ini," tutur protege kepada Aizat Amdan dalam program realiti 'Mentor 7', Megat Adzuan Mazlan yang berkongsi berita bakal bergelar bapa, tidak lama lagi.

Teringin anak lelaki, Megat Adzuan, 25, memberitahu, isterinya hamil tiga bulan. Keterujaan Megat Adzuan yang bernikah dengan pensyarah, Nural Bania Bahari, Jun lalu, terserlah apabila dia banyak berkongsi mengenai anak di Facebook

Megat Adzuan yang juga rakan duet Amylea Azizan dalam lagu tema drama Nur 2, Tetap Kamu, merancang menghasilkan single untuk anaknya: "Selepas kami tahu jantina anak, dalam sebulan atau dua bulan lagi, kami akan mencari namanya.

Klik untuk gambar besar


"Kemudian saya akan cuba mencipta lagu untuk bayi ini. Tidak sabar hendak buat lagu untuk ‘baby’, malah isteri gembira apabila diberitahu niat saya ini," katanya yang popular dengan lagu 'Cintaku' dan masih aktif bergerak sebagai pemuzik jalanan.

Tidak pernah berhenti 'busking', Megat berkata, dia perlu bekerja lebih kuat untuk menampung keluarga: "Disebabkan bakal menimang anak, saya perlu kerja lebih kuat. Apatah lagi, saya dan isteri adalah perantau di bandaraya ini.

"Jadi, saya perlu berusaha lebih kuat. Alhamdulillah, selepas mendapat tahu isteri hamil, rezeki kami murah. Ada saja tawaran datang. Malah, saya sudah ada 'job' sehingga akhir tahun ini... Saya percaya ini semua rezeki anak".


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Megat Adzuan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: