27 October 2019

ISTERI SAHARUL RIDZWAN HAMIL ANAK KEDUA, HARAP BABY GIRL


Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Saharul Ridzwan dan isterinya, Qaabila Deena Amir yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. Saharul atau nama penuhnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 30, berkongsi sepotong video mengumumkan berita gembira tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.





Malah, Saharul turut berterima kasih kepada isteri tercinta di atas pengorbanan yang dilakukan: "Alhamdulillah. Terima kasih atas semua doa anda semua sebelum ini. Doakan semuanya dipermudahkan dan kami sekeluarga dilindungi Allah. Alhamdulillah syukur. Terima kasih isteri utk pengorbanan besar dlm hidup awak sekali lagi. Saya sayang awak @deenaemir".

Manakala menerusi laman Instagram isteri Saharul, dia memuatnaik gambar alat ujian kehamilan dan anak sulungnya, Muhammad Luth Ali sedang memeluk patung beruang di dalam kereta. Melihat pada kapsyennya, Deena memberitahu kehilangannya di laman sosial kerana menantikan waktu sesuai untuk berkongsi berita gembira itu. Dalam masa sama, Deena mengharapkan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan meskipun belum mengetahui jantina anak yang dikandungnya itu.

Klik untuk gambar besar


"Assalammualaikum. This boy going to be a big brother! And this is the reason why suddenly Deena 'hilang dari radar'. Alhamdulillah syukur Ya Allah segala puji bagiMu atas nikmat yang lama ditunggu kini telah tiba pada masa yang tepat. Jangan pernah putus asa & jangan pernah bersangka buruk denganNya...

"Semoga mummy sihat & kuat, baby yang dikandung juga dalam keadaan sihat, sempurna sifatnya, dilindungi dari segala kejahatan/keburukan/kemudaratan, cantik rupa parasnya, baik akhlaknya, menjadi anak yang soleh & solehah. Moga baby girl kali ni. Tolong aamiinkan ya," tulis isteri Saharul.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut turut sama mengucapkan tahniah kepada pasangan ini serta mendoakan semoga segalanya dipermudahkan. Terdahulu, Saharul dah isteri sememangnya pernah merancang untuk menimang cahaya mata perempuan selepas dikurniakan zuriat lelaki, Muhammad Luth Ali, dua tahun. Saharul mendirikan rumah tangga bersama Qaabila pada 16 September 2016.










www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, mStar, Instagram Saharul Ridzwan & Qaabila Deena Emir


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: