02 October 2019

MENTOR MILENIA 2019 - ANAK NORA MAHU SAMBUNG LEGASI, NAFI LALUI 'CABLE'


Anak kedua penggubah lagu popular, Allahyarham Johan Nawawi dan penyanyi Nora Ariffin iaitu Muhd. Syakir Alif telah tersenarai antara 20 calon protege program realiti, Mentor Milenia 2019. Ujar anak muda berusia 20 tahun itu, semestinya jangkaan orang ramai terhadapnya tinggi kerana merupakan anak kepada Nora, 46, dan penggubah lagu yang disanjung ramai.





Percaya pada kemampuan dan bakat, kata Alif penyertaannya dalam rancangan realiti itu demi menyambung legasi keluarganya: "Saya mahu mencari platform yang berkualiti untuk menonjolkan kemampuan yang saya ada dan belajar daripada kelima-lima Mentor selain ilmu daripada ibu dan arwah ayah saya.

"Niat untuk masuk Mentor Milenia 2019 pun demi menyambung legasi muzik keluarga memandangkan abang saya tidak berminat dan adik pula masih bersekolah. Saya selalu terfikir selepas ini kalau ibu sudah bersara, siapa yang akan menyambung nama Johan?

Klik untuk gambar besar


"Jadi, saya cubalah mana tahu rezeki saya. Tertekan juga biarpun masih dalam kelompok 20 terbaik ramai sebenarnya sudah meletakkan harapan tinggi kepada saya kerana latar belakang saya. Dalam pada itu, ada juga yang mengatakan saya terpilih kerana 'cable' (pengaruh arwah bapa). Ibu pula seorang penyanyi berpengalaman.

"Saya juga melalui proses sama seperti orang lain. Beratur, pergi ujibakat dan sebagainya. Sebenarnya, saya rasa sangat kecik kerana mereka yang tersenarai dalam kelompok 20 terbaik ini hebat-hebat belaka. Masih terlalu awal namun saya akan melakukan yang terbaik," katanya.



Ditanya apa tips yang diperoleh daripada ibunya, Nor Ariffin, jawab Alif: "Dia (ibu) pesan jangan terlalu layan kritikan netizen. Kena kuat kerana kecaman akan sentiasa ada tapi saya perlu belajar untuk mengendalikannya. Selain itu, ibu pesan jangan minum ais dan perlu buat persediaan dari segi mental dan fizikal.

"Masuk Mentor Milenia, saya perlu utamakan juga soal penampilan. Saya nekad untuk kurus. Berat dahulu 130 kilogram (kg), sekarang 96 kg. Penampilan penting untuk mendapat tempat dalam industri ini," tuturnya.

Mentor Milenia akan mula bersiaran pada 6 Ooktober ini pukul 9 malam menerusi TV3. Mengandingkan Shuk Sahar dan Elly Mazlein sebagai hos, lima penyanyi diberi tanggungjawab sebagai mentor iaitu Akim Ahmad, Black Hanifah, Hazama, Ernie Zakri dan Stacy. Sementara itu, Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi rap, Altimet akan bertindak sebagai juri tetap.


www.myartis.com / Sumber: Kosmo & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: