02 October 2019
BANTU SELAMATKAN PEMANDU TERTIDUR - ZIZAN TERIMA PUJIAN
Menerusi laman Instagram, pelawak dan pelakon Zizan Razak telah memuatnaik video dan berkongsikan detik cemas dimana dia dan orang awam membantu menyelamatkan seorang pemandu yang tertidur hampir 30 minit di dalam kereta BMW di satu persimpangan lampu isyarat di Georgetown, Pulau Pinang, pada Isnin lalu.
Menurut Zizan, kejadian itu berlaku ketika dirinya dalam perjalanan untuk ke tempat kerja. Dalam video itu, orang ramai bertindak menggoncang kereta tersebut untuk mengejutkan pemandu berkenaan kerana kereta berada dalam keadaan bahaya serta mengganggu lalu lintas. Malah, tidur di dalam kereta dengan penyaman udara dihidupkan boleh menyebabkan kematian.
Bagaimanapun, usaha Zizan dan orang ramai tidak membuahkan hasil sehingga mereka terpaksa mengambil keputusan untuk memecahkan cermin sisi belakang. Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai dimana rata-rata netizen memuji sikap prihatin yang ditunjukkan oleh Zizan yang sudi membantu serta tidak mengira bangsa seseorang itu.
Klik untuk gambar besar
Menerusi entri tersebut, Zizan turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu di atas kerjasama yang luar biasa: "Ramai yang dm dan tag Zizan bertanya pasal kes semalam. Cerita dia semalam ketika Zizan dan team zrff on the way ke tempat kerja ade sahabat kita ni mungkin terlalu penat lalu tertidur dalam kereta.
"Apa yang best bila berlaku kejadian begini semua bangsa bersatu hulurkan bantuan tak kira cina melayu dan india. Tahniah dan terima kasih buat semua yang berikan kerjasama yang luar biasa. Kepada sahabat kita Zizan nasihatkan supaya banyakan berehat dan jangan kerja lebih masa," kata Zizan.
Video yang dimuatnaik oleh Zizan kini mendapat lebih sejuta tontonan dan mendapat respon lebih 2,600 komen netizen. Dalam perkembangan lain, Zizan bakal kembali membintangi filem sekuel kepolisan 'Polis Evo 3' tidak lama lagi.
www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Rotikaya, Astro Gempak & Instagram Zizan Razak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment