18 October 2019

REMY ISHAK: "IF ANY BAD THING HAPPEN TO MY FAMILY MELIBATKAN SIHIR..."


Nampaknya bukan mudah bergelar selebriti kerana ada yang suka dan ada juga yang tidak sukakan seseorang selebriti itu sehinggakan ada yang sanggup melakukan sihir kerana perasaan dengki atau rasa iri hati. Terbaru, pelakon Remy Ishak telah memuatnaik kenyataan berunsurkan amaran kepada individu yang cuba menghantar sihir kepadanya dan keluarga.





Dalam status yang dimuatnaik di InstaStory itu, Remy berkata dia akan mengambil tindakan sekiranya ada perkara buruk berlaku terhadap keluarganya akibat perbuatan sihir. Lebih menguatkan dakwaan tersebut, Remy turut memuatnaik foto ayat suci Al-Quran surah yang diamalkan apabila 'dikhianati'. Sejak semalam, status yang dimuatnaik Remy menjadi perhatian netizen.

Bagaimanapun, Remy tidak menjelaskan lebih terperinci mengenai situasi dan perkara sebenar yang berlaku. Mungkin ramai yang dengki melihat populariti Remy tetapi janganlah sampai hendak hantar sihir musnahkan karier orang lain dan turut melibatkan keluarga pula. Apa-apa pun, mari sama-sama kita doakan agar Remy dan keluarganya terhindar daripada perkara buruk itu.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Beautifulnara & Instagram Remy Ishak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: